Tuesday 30 May 2017

Tauhid Tahun 1



ISI KANDUNGAN

PELAJARAN PERTAMA : RUKUN IMAN

            Unit 1 : Pengertian Iman dan Rukunnya

            Unit 2 : Makna setiap Rukun Iman

 

PELAJARAN KEDUA : RUKUN ISLAM

            Unit 1 : Pengertian Islam dan Rukunnya

            Unit 2 : Makna setiap Rukun Islam

PELAJARAN KETIGA : BERIMAN KEPADA ALLAH

            Unit 1 : Pengertian dan Dalil Iman


PELAJARAN KEEMPAT : MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

            Unit 1 : Pengertian dan Dalil Mengucap Dua Kalimah Syahadah

 

PELAJARAN KELIMA : SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA

            Unit 1 : Wujud Lawannya A’dam (وجودلاونث   عدم)



PELAJARAN PERTAMA : RUKUN IMAN

            Unit 1 : Pengertian Iman dan Rukunnya
Pengertian iman adalah pengakuan dengan lisan, membenarkan dalam hati dan beramal dengan ajaran Allah.

Rukun iman ada 6 perkara: 
  1.  Beriman kepada Allah
  2.        Beriman kepada Malaikat
      3.  Beriman kepada Kitab
      4.  Beriman kepada Rasul
      5.  Beriman kepada Hari Qiamat
      6.  Beriman kepada Qodo’ dan Qadar (قضاء دان قدر)


            Unit 2 : Makna setiap Rukun Iman 

1)      Beriman kepada Allah – Beriman kepada Allah beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa Allah itu Ada, Esa dan tiada siapa yang serupa denganNya. 

2)      Beriman kepada Malaikat - Beriman kepada Malaikat beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa Malaukat dijadikan daripada cahaya dan Ia merupakan makhluk yang paling taat dan seta kepada Allah SWT. 

3)      Beriman kepada Kitab - Beriman kepada Kitab beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada Nabi- nabi dan Rasul-rasul supaya menjadi panduan kepada manusia dan di dalamnya terkandung peraturan hidup yang benar. 

4)      Beriman kepada Rasul - Beriman kepada Rasul beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa mereka adalah seorang lelaki yang mulia yang di utus oleh Allah untuk menyampaikan wahyu kepada manusia. 

5)      Beriman kepada Hari Qiamat - Beriman kepada  Hari Qiamat beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa suatu hari nanti pasti akan berlakunya kemusnahan dan kehancuran terhadap alam ini. Selepas itu, manusia dan jin akan dibangkitkan semula di padang Mahsyar untuk dihisab amalan mereka. 

6)      Beriman kepada Qodo’ dan Qadar (قضاء دان قدر) - Beriman kepada Qodo’ dan Qadar beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa Qodo’ adalah pelaksanaan takdir daripada ketentuan Allah manakala Qadar merupakan takdir yang yang telah ditentukan Allah samaada baik atau buruk.