Saturday 3 June 2017

PELAJARAN KEEMPAT : MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH



Unit 1 : Pengertian dan Dalil Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Lafaz syahadah adalah : 

اَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاّ اللّه وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا رسُولُ اللَّه

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.”

PELAJARAN KETIGA : BERIMAN KEPADA ALLAH



Unit 1 : Pengertian dan Dalil Iman
Beriman kepada Allah bererti kita mempercayai bahawa Allah itu Ada, Ia adalah Esa atau Tunggal, tidak ada yang serupa dengan Nya 

Dalil:

Unit 2 : Makna setiap Rukun Islam


1.Mengucap 2 kalimah syahadah.
Kalimah syahadah ialah iqrar, pengakuan atau keyakinan.

Lafaz syahadah adalah : 

اَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاّ اللّه وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا رسُولُ اللَّه
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.”

 2. Solat 5 waktu sehari semalam.
Solat ialah Ibadah yang dimulai dengan Takbiratul Ihram dan disudahi dengan salam dengan rukun dan syarat-syarat yang tertentu.

3. Mengeluarkan zakat.
Zakat merupakan kadar harta tertentu yang diberikan kepada mereka yang berhak menerimanya dengan syarat yang tertentu.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Puasa adalah menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Ia dimulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan syarat-syarat yang tertentu.

5. Mengerjakan Haji bagi yang berkemampuan.
Haji dilakukan dalam bulan Haji dengan mengunjungi Baitul Haram dengan mengerjakan Tawaf, Saie’, dan wukuf di Arafah menurut syarat-syarat yang tertentu.