ISI KANDUNGAN
PELAJARAN PERTAMA : RUKUN IMAN
Unit 1 : Pengertian Iman dan Rukunnya
Unit
2 : Makna setiap Rukun Iman
PELAJARAN KEDUA : RUKUN ISLAM
Unit 1 : Pengertian Islam dan Rukunnya
Unit
2 : Makna setiap Rukun Islam
PELAJARAN KETIGA : BERIMAN KEPADA ALLAH
Unit
1 : Pengertian dan Dalil Iman
PELAJARAN KEEMPAT : MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
Unit
1 : Pengertian dan Dalil Mengucap Dua Kalimah Syahadah
PELAJARAN KELIMA : SIFAT WAJIB BAGI ALLAH TAALA
Unit 1 : Wujud Lawannya A’dam (وجودلاونث عدم)PELAJARAN PERTAMA : RUKUN IMAN
Unit
1 : Pengertian Iman dan Rukunnya
Pengertian iman adalah pengakuan
dengan lisan, membenarkan dalam hati dan beramal dengan ajaran Allah.
Rukun iman ada 6 perkara:
- Beriman kepada Allah
- Beriman kepada Malaikat3. Beriman kepada Kitab4. Beriman kepada Rasul5. Beriman kepada Hari Qiamat6. Beriman kepada Qodo’ dan Qadar (قضاء دان قدر)
Unit
2 : Makna setiap Rukun Iman
1)
Beriman
kepada Allah – Beriman kepada Allah beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa
Allah itu Ada, Esa dan tiada siapa yang serupa denganNya.
2)
Beriman
kepada Malaikat - Beriman kepada Malaikat beerti bahawa kita wajib meyakini
bahawa Malaukat dijadikan daripada cahaya dan Ia merupakan makhluk yang paling
taat dan seta kepada Allah SWT.
3)
Beriman
kepada Kitab - Beriman kepada Kitab beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa
Allah telah menurunkan kitab kepada Nabi- nabi dan Rasul-rasul supaya menjadi
panduan kepada manusia dan di dalamnya terkandung peraturan hidup yang benar.
4)
Beriman
kepada Rasul - Beriman kepada Rasul beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa
mereka adalah seorang lelaki yang mulia yang di utus oleh Allah untuk
menyampaikan wahyu kepada manusia.
5)
Beriman
kepada Hari Qiamat - Beriman kepada Hari
Qiamat beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa suatu hari nanti pasti akan
berlakunya kemusnahan dan kehancuran terhadap alam ini. Selepas itu, manusia
dan jin akan dibangkitkan semula di padang Mahsyar untuk dihisab amalan mereka.
6)
Beriman
kepada Qodo’ dan Qadar (قضاء دان قدر)
- Beriman kepada Qodo’ dan Qadar beerti bahawa kita wajib meyakini bahawa Qodo’
adalah pelaksanaan takdir daripada ketentuan Allah manakala Qadar merupakan
takdir yang yang telah ditentukan Allah samaada baik atau buruk.