1.Mengucap 2 kalimah syahadah.
Kalimah
syahadah ialah iqrar, pengakuan atau keyakinan.
Lafaz
syahadah adalah :
اَشْهَدُ
أَنْ لاَ اِلَهَ اِلاّ اللّه وَأَشْهَدُ أَنّ مُحَمّدًا رسُولُ اللَّه
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.”
2. Solat 5 waktu sehari semalam.
Solat
ialah Ibadah yang dimulai dengan Takbiratul Ihram dan disudahi dengan salam
dengan rukun dan syarat-syarat yang tertentu.
3. Mengeluarkan zakat.
Zakat
merupakan kadar harta tertentu yang diberikan kepada mereka yang berhak
menerimanya dengan syarat yang tertentu.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
Puasa
adalah menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa. Ia dimulai
dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan syarat-syarat yang tertentu.
5. Mengerjakan Haji bagi yang
berkemampuan.
Haji
dilakukan dalam bulan Haji dengan mengunjungi Baitul Haram dengan mengerjakan
Tawaf, Saie’, dan wukuf di Arafah menurut syarat-syarat yang tertentu.